Dr Mariani Abdul Hamid, Felo Penyelidik IBD di Hmetro

Dr Mariani Abdul Hamid, Felo Penyelidik IBD didalam bidang pengkhususan formulasi dan pembangunan kosmetik berkongsi pendapat mengenai pentingnya kesedaran pengguna untuk memilih kosmetik yang selamat, berkualiti dan diiktiraf oleh KKM.

http://www.hmetro.com.my/node/204462

“Pasaran negara kini dilambakkan dengan pelbagai jenama produk kecantikan. Jika dulu, hanya iklan jenama import muncul di kaca televisyen, tetapi kini produk kecantikan tempatan dapat bersaing dengan iklan jenama luar dari segi kekerapan siaran.

Tidak dinafikan usahawan mendapat hasil lumayan daripada jualan produk kepada pengguna yang mendambakan kecantikan, sesetengahnya tanpa risaukan kandungan bahannya. Pengusaha pula tidak mengenal usia, malah golongan muda seawal 20-an pun berjaya menjadi pengeluar.

Tidak hairan jika ia menimbulkan keraguan di hati sesetengah pihak. Sejauh manakah ilmu dan kefahaman pengusaha dalam bidang formulasi bahan produk kecantikan serta kesannya?

Menurut Ketua Penyelidik Kosmeseutikal dan Wangian Institut Pembangunan Bioproduk Universiti Teknologi Malaysia (IBD UTM), Dr Mariani Abdul Hamid, 39, kebanyakan pengusaha di negara ini bergantung kepada pihak lain untuk membuat kajian. Produk kosmetik mereka dihasilkan di kilang berstatus GMP yang diberi hak oleh kerajaan untuk menawarkan perkhidmatan membantu usahawan berminat mengeluarkan produk di bawah jenama sendiri.

Kilang itu menawarkan perkhidmatan secara kontrak pengilangan atau OEM melalui kerjasama pintar antara usahawan dan pengilang dalam menghasilkan produk berdasarkan formulasi, kajian dan bahan mentah yang diperakui lebih awal.”.. http://www.hmetro.com.my/node/204462
cerah3.jpg_1486592176