Main Menu
  Home
  Latest News
  Digital Newspaper
  Library Collection
  Publication
  Bulletin Board
  Online Resources
  Services
  Contact
Related Links
Infolan PSZ
IBD Website
UTM
Administration
Login:
Password:


About IBD Library


 

 

 
 
Site Map : Home > Articles Title > Tips Perniagaan Salun Kecantikan

Tips Perniagaan Salun Kecantikan
Posted by admin pada 19/05/2006

Salun Kecantikan

Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk melabur dalam mana-mana perniagaan, anda perlu tahu tentang perniagaan berkenaan. Bahagian ini akan memberikan anda maklumat awal tentang perkhidmatan kecantikan dan perniagaan salun kecantikan.

2.1 Jenis Perkhidmatan

Secara amnya, perkhidmatan kecantikan meliputi perkhidmatan yang boleh dikategorikan seperti berikut:

i.Rawatan Kulit (Skin Treatment)

ii.Rawatan Badan (Body Treatment)

iii.Pusat Rampingan (Slimming Centre)

iv.Rawatan Pemakanan (Dietary)

v.Rawatan dan Dandanan Rambut

vi.Solekan dan Andaman

2.1.1 Perkhidmatan Rawatan Kulit (Skin Treatment)

Perkhidmatan rawatan kulit yang disediakan oleh salun kecantikan umumnya melibatkan rawatan kulit muka. Walau bagaimanapun terdapat juga salun yang menjalankan rawatan khusus bagi kulit kepala dan badan.

a. Rawatan Kulit Muka (Facial Treatment)

Perkhidmatan yang popular disediakan oleh salun-salun kecantikan wanita ialah rawatan muka. Terdapat dua jenis rawatan muka iaitu:

Rawatan kecantikan

Rawatan kulit bermasalah

Kebanyakan salun kecantikan menyediakan rawatan kecantikan ke atas kulit muka. Perkhidmatan rawatan muka yang lengkap dan komprehensif disediakan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Rawatan muka yang lengkap melibatkan superficial cleanse, deep cleanse, steaming, exfoliating, skin conditioning and relaxation, toning, lotion dan moisturiser. Selain dari itu ia juga melibatkan face massageand mask, face contour dan eye contour.

Rawatan kulit bermasalah dijalankan oleh pusat kecantikan yang mengkhusus menyediakan rawatan ke atas kulit-kulit yang bermasalah seperti kulit yang mempunyai jerawat yang teruk, pigmentasi dan alahan. Rawatan ini perlu dilakukan oleh beauty therapist yang terlatih dalam rawatan kulit bermasalah. Pengusaha salun kecantikan yang tidak mendapat latihan dalam rawatan kulit bermasalah biasanya tidak menyediakan perkhidmatan ini.

b. Non-surgical Facelifting

Non-surgical facelifting adalah perkhidmatan rawatan kulit muka yang terbaru yang sedang berkembang di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah. Rawatan ini menggunakan proses micro-current untuk menegangkan kulit muka tanpa menjalankan sebarang pembedahan disamping melengahkan proses penuaan kulit. Proses ini juga boleh digunakan ke atas kulit badan.

c. Rawatan Kulit Kepala

Tidak ramai perawat kecantikan yang berkecimpung dalam rawatan kulit kepala sama ada di salun kecantikan ataupun salun rambut. Namun begitu, kini terdapat salun yang menyediakan rawatan kulit khususnya rawatan kelimumur, kebotakan dan keguguran rambut kerana kesedaran orang ramai tentang perlunya mendapat rawatan kulit kepada. Salun yang menyediakan perkhidmatan rawatan kulit kepala juga antara lain memberikan perkhidmatan rawatan pemulihan dan penjagaan rambut.

2.1.2 R awatan Badan (Body Treatment)

Perkhidmatan rawatan badan adalah untuk mendapatkan dan memelihara bentuk badan yang dikehendaki. Selain mengurangkan berat badan, perkhidmatan rawatan badan juga membantu pergerakan saraf, muscle dan tone kulit badan. Antara rawatan yang disediakan termasuk tanning, body massage, bodywrap, body toning dan spa. Selain itu, perkhidmatan sampingan termasuk body contour dan body polish.

a. Khidmat Mengurut (Body Massage)

Perkhidmatan mengurut adalah antara pendekatan rawatan badan. Selain perkhidmatan tukang urut tradisional, perkhidmatan massage therapist yang terlatih juga digunakan.

b. Aromatherapy

Aromatherapy adalah pendekatan holistik yang menggerakkan penyembuhan kulit melalui pencapaian fisikal dan psikologi secara serentak. Rawatan aromatherapy biasanya dilakukan untuk menghilangkan perasaan tertekan (stress) melalui urutan dengan menggunakan campuran pelbagai minyak urut yang mempunyai bau yang harum. Setiap minyak yang digunakan mempunyai keharuman dan keupayaan tersendiri untuk menggerakkan proses menenangkan perasaan fisikal dan mental di pelbagai peringkat. Rawatan ini perlu dijalankan oleh pakar therapist yang terlatih kerana kombinasi minyak yang tidak sesuai akan mendatangkan mudarat kepada pelanggan.

c. Rawatan SPA

Rawatan Spa sering dikaitkan dengan resort kesihatan yang menyediakan kolam renang, sauna dan jacuzzi dengan persekitaran yang mewah. Perkhidmatan rawatan spa melibatkan antara lain sauna, tanning dan body wrap.

2.1.3 Pusat Rampingan (Slimming Centre)

Lebih dikenali ramai sebagai slimming centre, pusat rampingan menyediakan pelbagai kemudahan dan peralatan senaman dan khidmat therapi untuk mengurangkan berat badan. usat rampingan juga ada menyediakan perkhidmatan body wrap, sauna dan tanning.

2.1.4 Rawatan Pemakanan (Dietary)

Perkhidmatan rawatan pemakanan amnya merujuk kepada perkhidmatan yang disediakan oleh pakar pemakanan berkaitan dengan amalan pemakanan pelanggan dan penjagaan badan dan kulit melalui program pemakanan. Khidmat nasihat pemakanan perlu di jalankan oleh pakar pemakanan yang berkelayakan.

2.1.5 Gunting, Dandanan Dan Rawatan Rambut

Perkhidmatan salun rambut adalah perkhidmatan yang popular dikalangan wanita dan lelaki, muda dan tua. Selain pemotongan dan rekabentuk rambut, perkhidmatan lain yang disediakan oleh salun rambut termasuk mencuci rambut, dandanan, andaman dan penjagaan kulit kepala.

2.1.6 Solekan, Andaman Dan Hiasan Pengantin

Kedai yang menyediakan perkhidmatan andaman dan solekan juga menyediakan peralatan dan perhiasan untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan dan harijadi.

2.1.7 Lain-lain Perkhidmatan

Perkhidmatan lain yang disediakan oleh salun kecantikan adalah hair removal, tindik dan penjagaan tangan, kaki dan kuku.

2.2 Jenis Perniagaan

2.2.1 Independent Salon Operator (ISO)

ISO merupakan salun yang diusahakan oleh pengusaha persendirian yang tidak mempunyai ikatan dengan sebarang pengasas produk. Pengusaha menetapkan sendiri imej dan perkhidmatan yang disediakan. Untuk tujuan rawatan, pelanggan bebas membuat pilihan ke atas jenis produk yang akan digunakan.

2.2.2 Rangkaian Outlet

Rangkaian salun (chain outlet) melibatkan hubungan langsung antara pengasas produk dan perkhidmatan rawatan kecantikan dengan pengusaha salun. Rangkaian salun adalah usaha perkembangan perniagaan oleh pengusas disamping pengembangan kerjaya pekerja mahir salun kecantikan utama. Dua pendekatan dilaksanakan. Pertama, salun kecantikan pusat membuka outlet dan meletakkan pekerja mahir mereka mengurus dan menjalankan perkhidmatan yang disediakan. Set-up salun adalah ditentukan oleh pengurusan pusat. Keduanya, pekerja mahir salun pusat digalakkan mengusahakan sendiri salun kecantikan berteraskan outlet salun pusat di mana set-up outlet adalah mengikut ketentuan outlet salun pusat tetapi hal-hal berkaitan dengan kewangan ditanggung sendiri oleh pengusaha. Dalam kesemua outlet berkaitan, perkhidmatan yang disediakan dan produk yang digunakan untuk perkhidmatan adalah sama sepertimana yang disediakan oleh salun pusat.

2.2.3 Franchise Outlet

Salun yang menjalankan aktiviti sebagai francaisi kepada mana-mana francaisor adalah tertakluk kepada kawalan produk dan jenis perkhidmatan yang disediakan. Francaisi juga diperlukan menyedia dan mengubahsuai premis perniagaan mereka mengikut garispanduan yang disediakan oleh francaisor. Francaisi membayar yuran perkhidmatan yang ditetapkan manakala francaisor pula menjalankan aktiviti-aktiviti pengiklanan, promosi dan sebagainya bagi meningkatkan imej dan saluran perkhidmatan jenama mereka. Walau bagaimanapun pengusaha francaisi adalah bebas dari sebarang ikatan pemilikan modal oleh francaisor.

2.2.4 Product-base

Salun product-base adalah juga salun persendirian yang bebas dari segi set-up, perkhidmatan yang disediakan dan pengendalian perniagaan dan kewangan. Hanya produk yang digunakan untuk perkhidmatan adalah terikat dengan pengasas produk. Biasanya salun berkenaan mengikat-janji dengan pengasas untuk hanya mengguna dan mempromosi produk berkenaan dalam salun dan rawatan. Salun begini adalah yang sedang banyak berkembang di Malaysia dikalangan pengusaha Bumiputera.

2.3 Urusniaga Dalam Perniagaan Salun Kecantikan

Semua salun kecantikan menjalankan urusniaga mereka secara tunai, tiada urusan secara kredit. Salun membeli peralatan dan perkakasan dari pembekal secara tunai. Salun membeli produk kecantikan dan bahan rawatan juga secara tunai. Dalam pada itu, ada juga salun kecantikan yang menerima pembayaran melalui kad kredit.

2.4 Caj Khidmat Rawatan

Pengusaha salun kecantikan persendirian yang tidak terikat dengan sebarang jenama, bukan outlet atau francaisi bebas mengenakan caj perkhidmatan. Caj perkhidmatan bagi pengusaha yang terikat dengan jenama produk, outlet salun yang lebih besar dan francaisi pula perlu mengikut caj piawai yang dikenakan oleh pengasas produk dan syarikat induk. Lampiran 1 memberikan senarai sebahagian dari contoh-contoh caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pengusaha pelbagai jenis salun kecantikan.

2.5 Harga Produk Kecantikan Dan Margin Keuntungan

Harga produk-produk kecantikan bagi jenama popular dikawal oleh pengasas produk. Bagi produk yang kurang popular, salun kecantikan boleh menjual pada harga yang difikirkan sesuai bagi pelanggan mereka.

Margin keuntungan produk kecantikan yang dijual di salun-salun kecantikan ialah antara 25% hingga 50%. Bagi produk yang popular, margin keuntungan adalah antara 40% hingga 50%.

2.6 Prospek Perniagaan Salun Kecantikan

Perniagaan salun kecantikan adalah antara perniagaan yang mempunyai dayatahan perniagaan yang tinggi. Tidak banyak pengusaha salun kecantikan yang menutup salun mereka kerana perniagaan yang gagal. Perkhidmatan salun kecantikan adalah berbentuk peribadi antara pengusaha dengan pelanggan dan antara pelanggan dengan perawat kecantikan. Biasanya pelanggan yang serasi dengan perkhidmatan rawatan yang disediakan oleh pengusaha salun atau perawat kecantikan akan menjadi pelanggan tetap salun atau perawat tersebut. Oleh yang demikian, salun-salun kecantikan sentiasa mengumpul pelanggan tetap yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

Banyak faktor yang menunjukkan prospek yang baik bagi industri perkhidmatan dan rawatan kecantikan. Antaranya:

i. Kos Modal Yang Rendah

Untuk mengusahakan salun kecantikan yang menjalankan perniagaan khidmat rawatan kecantikan kulit tidak memerlukan modal yang banyak. Perawat kecantikan yang berpengalaman boleh memulakan perniagaan salun sendiri dengan modal kecil yang cukup untuk menyewa ruang niaga untuk perkhidmatan dan peralatan dan bahan rawatan.

ii. Pasaran Yang Meningkat

Permintaan ke atas perkhidmatan rawatan kecantikan dapat dilihat dengan pertambahan bilangan pelanggan `walk-iní salun-salun kecantikan dan keupayaan mereka mengekalkan pelanggan sebagai pelanggan tetap.

iii. Ruang Pasaran Adalah Terbuka

Ruang pasaran untuk Bumiputera bergiat dalam perniagaan ini adalah terbuka. Salun-salun kecantikan Bumiputera bukan sahaja memberikan khidmat mereka kepada pelanggan Melayu tetapi juga kepada lain-lain kaum walaupun peratusan besar adalah pelanggan Melayu. Dalam pada itu, salun kecantikan wanita bukan Bumiputera juga mempunyai peratusan pelanggan Melayu yang besar, purata antara 30% hingga 50%. Faktor utama adalah berkaitan dengan kurangnya salun kecantikan Bumiputera yang menyediakan khidmat rawatan kulit berbanding dengan salun kecantikan Cina. Ini membuka ruang kepada penglibatan lebih ramai perawat Bumiputera dalam perniagaan ini.

iv. Kecenderungan Masyarakat Bandar Untuk Mendapatkan Khidmat Rawatan Kecantikan

Pertumbuhan ekonomi, peningkatan kualiti hidup dan pendapatan dan kesedaran untuk mengekalkan kecantikan kulit adalah antara faktor yang mendorong lebih ramai masyarakat bandar terutamanya berkunjung ke salun-salun kecantikan. Trend semasa pula menunjukkan kecenderungan dikalangan eksekutif wanita peringkat menengah, terutamanya, berkunjung ke salun-salun untuk mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kecantikan semasa waktu rehat tengahari dan selepas pejabat atau sebagai persediaan untuk menghadiri majlis. Bilangan pelanggan lelaki yang mendapatkan rawatan kecantikan di salun-salun kecantikan juga telah meningkat.

v. On-Line Shopping

On-line shopping, merupakan kaedah jualan produk rawatan kecantikan yang telah diamalkan oleh pengedar dan pembekal produk kecantikan di beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak laman web yang mengiklankan produk-produk kecantikan dan melayani pelanggan melalui server utama. Melalui proses globalisasi dan perdagangan bebas, institusi tempatan yang bergiat dalam proses pengedaran produk kecantikan akan mampu menembusi pasaran luar negara.

Sumber : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi



back to top


 JENIS-JENIS PENYAKIT DAN TINDAK BALASNYA [reads 58794]
 Virgin Coconut Oil [reads 26558]
 THE FAT THAT CAN MAKE YOU THIN [reads 22395]
 Kandungan Berbahaya Dalam Rokok [reads 16276]
 Demam Denggi [reads 15390]
 Mengkudu, Bau Busuk yang Berkasiat [reads 13300]
 Traditional Herbs for Sleep and Relaxation [reads 12211]
 General Information on Mengkudu (Morinda Citrifolia) [reads 10338]
 Minyak sawit dan keistimewaannya [reads 9160]
   
Send your question and comments for this contribution
Your Name :

Add your comment: